Followers

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,,

Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah diucapkan kepada encik Belog dan juga kepada semua pengunjung Belog ini !

Pelaburan emas dan perak memang menguntungkan. Tetapi jangan dilupakan pelaburan pahala untuk bekalan di Akhirat kelak. Emas dan perak bertimbun-timbun pun tak guna kalau amal kebajikan dan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. diabaikan.

Firman Allah dalam Surah At-Taubah :

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. 

[At-Taubah: ayat 34 - 35]




Diharap tahun baru ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Marilah sama-sama muhasabah diri dan berubah ke arah kebaikan. InshaAllah. Semoga berada dalam rahmat Allah selalu.

Assalamualaikum . . .

2 comments:

  1. Salam Maal Hijrah utk tuan tanah jugak, semoga awk sentiasa di murahkan rezeki oleh Allah dan dijauhkan dr ciri2 org2 munafik..amin..

    ReplyDelete
  2. aminn.. thanks :)
    same goes to you k.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...