Followers

Wednesday, November 17, 2010

Bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bila masa yang sesuai untuk membeli emas ? Bagi saya mudah sahaja. Bila ada duit, itu lah masa yang paling sesuai untuk membeli emas. Tidak kiralah berapa pun harga emas pada waktu tersebut. Tidak ada istilah murah bagi harga emas. Dan harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa yang panjang. Kalau anda ada duit, janganlah bertangguh dari membeli emas kerana percayalah, semakin lama anda bertangguh, semakin tinggi nilai emas.

Bila anda beli emas pada hari ini, dan esok hari harganya turun sedikit, jangan risau. Ya, jangan risau ! Kerana dalam jangka masa yang panjang, nilai emas yang anda beli tadi akan terus meningkat. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.

Bagi pelabur-pelabur emas, pergerakan harga amatlah penting untuk menjana keuntungan yang maksimum. Pelabur-pelabur ini akan menunggu harga emas turun untuk membeli emas. Oleh itu, untuk menjadi pelabur emas, seseorang perlulah menguasai ilmu menganalisis harga emas. Perlu diingat, emas adalah pelaburan untuk jangka masa sederhana atau panjang. Pelabur perlu mempunyai sifat sabar dalam menunggu harga emas naik dan turun. Tempoh masa optimum untuk pelaburan emas ialah 1 tahun ke atas.

Jadi kepada yang masih belum lagi memiliki emas , mulalah walaupun dengan kuantiti yang kecil. Beli emas dulu kemudian tunggu. Jangan menunggu masa yang sesuai untuk membeli emas.

Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Melabur sambil berniaga emas. Bagaimana untuk berniaga emas ? InshaAllah akan dibincangkan dalam artikel yang akan datang.

Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas. Laman web yang sangat sesuai untuk yang baru melibatkan diri dalam bidang emas ialah www.jutawanemas.com  . Banyak ilmu mengenai emas yang dikongsi oleh En. Syukor Hashim , Mahaguru emas Malaysia.Rajin-rajinlah melawat laman web tersebut, dan bacalah artikel-artikel mengenai emas yang ditulis oleh En. Syukor berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Sekian saja untuk kali ini. Akhir kata dari saya, simpanlah emas sedikit demi sedikit.

sikit-sikit lama-lama jadi bukit.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...