Followers

Wednesday, November 17, 2010

Kenapa perlu memiliki EMAS ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung belog yang tak seberapa ni.

Buat pengunjung yang beragama Islam, Salam Aidiladha di ucapkan. Selamilah sirah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail, serta tidak dilupakan pengorbanan Siti Hajar.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai emas yang saya ada. Hanya pengetahuan asas mengenai emas. Mungkin apa yang akan saya kongsikan ini hanyalah pengetahuan yang terlalu basic bagi sesetengah pengunjung-pengunjung yang mengunjungi belog saya ni. Jadi, kepada otai-otai emas, mungkin ada kurang atau salah apa-apa, minta tolong lah baiki kan ok.
:)

Jadi, persoalan pertama ialah, mengapa beli emas ?

Mudah sahaja. Emas tidak susut nilai dalam jangka masa yang panjang. Nilai emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Dengan kekuatan itu lah emas dijadikan sebagai penyimpan kekayaan yang unggul. Berbeza dengan wang kertas dimana, nilai wang kertas sentiasa jatuh dalam jangka masa yang panjang. Emas merupakan sesuatu yang sangat bernilai. Sangat bernilai, dari dulu lagi, sehingga sekarang, malah sampai Syurga seperti dalam firman Allah di dalam Al-Quran.


Antara sebab-sebab untuk membeli dan menyimpan emas ialah :
  1. Menyimpan untuk masa depan
  2. Melindungi nilai kekayaan (emas ialah wang yang sebenar)
  3. Sebagai pelaburan
Kenapa menyimpan dalam bentuk emas ? Kerana emas tidak susut nilai dan kalis inflasi. Wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa yang panjang. Jadi pilih lah sendiri, simpan duit yang akan semakin berkurang nilainya, atau simpan emas tidak akan susut nilainya, malah sentiasa meningkat.

Bagaimana emas melindungi kekayaan ? Sekali lagi saya tekankan di sini, emas ialah wang yang sebenar. Duit atau wang kertas ialah hanya merupakan resit simpanan emas dan juga perak. Itulah adalah sejarah wujudnya wang kertas. Tapi, lama kelamaan, hubungan antara emas dan wang kertas ini telah diputuskan. Wang kertas dicetak tanpa disandarkan kepada sesuatu yang bernilai iaitu emas. Akhirnya, wang kertas hanyalah sekadar kertas yang hanya dicetak nilainya. Itulah fiat money yang kita gunakan sekarang. Jadi, tanya diri sendiri, adakah kita mahu menyimpan emas yang bernilai ? atau menyimpan wang kertas yang akan sentiasa jatuh nilainya.

Emas sebagai pelaburan ? Ya ! Emas adalah pelaburan yang terbaik pada masa kini. Konsep yang mudah untuk difahami dan diikuti, BUY LOW SELL HIGH. Mudah kan ? Beli semasa harga rendah, jual bila harga tinggi. Untuk melabur dengan emas, banyak ilmu yang perlu diketahui dan banyak benda yang perlu dikaji. Contohnya, ilmu menganalisis pergerakan harga emas dan juga ilmu mengenail spekulasi-spekulasi mengenai harga emas. Jadi, kesimpulannya, kita boleh buat untung melalui pelaburan emas.

Cukuplah untuk artikel kali ini mengenai kenapa perlunya menyimpan emas. Akan saya sambung lagi inshaAllah, berkongsi apa-apa sahaja yang saya tahu mengenai emas, bila ada kelapangan.

Sekian. Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Salam Aidil Adha :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...